Kelas Membuat Pelekat Produk

25 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas membuat pelekat produk khas kepada usahawan – usahawan sekitar pusat internet. Objektif utama kelas tersebut adalah untuk mengajar para usahawan desa merekabentuk pelekat produk berdasarkan produk mereka sendiri dengan menggunakan perisian Microsoft Word.

Pelekat pada produk merupakan salah satu elemen penting untuk menaikkan dan memperkenalkan jenama mereka sendiri kepada orang ramai.Pada masa yang sama, para peserta juga didedahkan dengan advokasi melalui tayangan video. Kelas tersebut diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama dua jam. Seramai dua orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PI telah turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali