Kelas Microsoft Word
17 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Word bertujuan untuk membantu ahli PI Sibuti khususnya mereka yang kurang mahir menggunakan Microsoft Word. Dengan mempelajari perisian ini peserta tidak perlu lagi menulis tangan surat, ucapan, dan sebagainya. Selain itu, para peserta juga didedahkan mengenai Advokasi iaitu Check Your Label.
Perkara ini juga salah satu elemen penting yang ingin disampaikan semasa latihan berkenaan supaya golongan tersebut tidak tertipu apabila membeli peralatan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen, komputer, dan yang seumpama dengannya. Kelas berkenaan telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berjalan selama 2 jam bermula dari 10 sehingga 12 Tengah hari. Seramai lima orang ahli PI berdaftar telah menyertai kelas berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: