Kelas Kenali Diri
26 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu para pelajar khususnya pelajar sekolah rendah meningkat keyakinan diri mereka untuk bercakap di khalayak ramai. Para peserta juga didedahkan dengan Microsoft Word untuk menulis tentang diri mereka. Setelah selesai, para peserta akan membentangkannya di hadapan kelas.
Selain itu, para peserta juga didedahkan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB). Beberapa video KDB akan ditanyangkan disusuli dengan penerangan oleh staf pusat internet. Kelas tersebut diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai enam orang kanak-kanak yang juga merupakan ahli berdaftar PI telah turut serta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: