Kelas Perkongsian Tips Keselamatan Melayari Laman Web
21 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Sibuti telah mengadakan Kelas Perkongsian Tips Keselamatan Melayari Laman Web bersama ahli berdaftar pusat internet. Objektif utama kelas tersebut adalah berkongsi tips dan kaedah selamat ketika melayari laman web. Pada masa yang sama, para peserta juga turut didedahkan dengan muslihat siber melalui aktiviti mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet.
Kelas tersebut diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama sejam. Kelas ini dikendalikan oleh staf pusat internet dan dibantu oleh sukarelawan MIV PI Sibuti. Seramai 14 orang peserta yang telah menyertai aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: