Pertandingan The Best Poster 2017
23 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPertandingan The Best Poster 2017 telah dianjurkan bagi menarik minat golongan muda untuk menggunakan IT secara bijak. Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran generasi muda khasnya dalam aspek pembelajaran dalam IT. Para peserta telah mencipta poster menggunakan Microsoft Office (Power Point 2013) dengan bantuan tenaga pengajar iaitu staf PI itu sendiri.
Pertandingan ini berlangsung di Bilik Latihan PI Sibuti selama dua jam iaitu bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Seramai lapan orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak telah menyertai pertandingan berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: