Kelas Hand On Roti Bersama Cikgu Zaida

18 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti dengan kerjasama Cikgu Zaida telah mengadakan Kelas Hand On Roti bersama golongan suri rumah. Objektif utama kelas tersebut adalah berkongsi teknik membuat pelbagai jenis roti dalam menambah pendapatan dan meningkatkan kemahiran keusahawanan terutama kepada suri rumah.

Pada masa yang sama, para peserta juga berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam ilmu perniagaan dan teknik memulakan perniagaan dari rumah. Kelas tersebut diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama tiga jam. Kelas ini dikendalikan oleh Puan Zaida Mohd Yusuf dari Delicious Zaida. Seramai lapan orang peserta yang telah menyertai aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali