Kursus Kecantikan Dan Mekap Bersama Mary Kay
23 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniKursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan ahli PI terutama kaum wanita dalam pentingnya penjagaan wajah yang betul menggunakan produk yang sesuai. Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis produk kecantikan di pasaran. Oleh itu, pihak PI mengambil inisiatif dengan menjemput pihak daripada Mary Kay untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai produk kecantikian yang sesuai dan selamat.
Kursus ini telah berlangsung di Pusat Internet Sibuti selama sehari iaitu pada hari Ahad bermula daripada pukul 9 pagi sehingga 1 petang. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada ahli PI telah menyertai kursus berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: