Pembelajaran dalam IT (Permainan Pendidikan)
05 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniProgram pembelajaran dalam IT (Permainan Pendidikan) telah berlangsung pada 4 Mac 2017 dengan disertai oleh kanak-kanak yang juga merupakan ahli berdaftar PI. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkenaan perkongsian maklumat palsu di laman sosial dan membantu perkembangan otak kanak-kanak. Aktiviti ini dijalankan menggunakan laman sesawang “Up To Ten”.
Kursus ini berlangsung di Pusat Internet Sibuti selama dua jam iaitu bermula dari pukul 2 petang sehingga 4 petang. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada 4 orang perempuan dan seorang lelaki telah menyertai aktiviti berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: