Kursus Mekap dan Kecantikan Bersama Sireh Pinang Bridal
7 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniKursus ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu ahli PI terutama para peniaga dalam meningkatkan keyakinan diri semasa menjalankan perniagaan mereka. Kekemasan dan penampilan diri merupakan salah satu faktor yang penting untuk menarik minat pelanggan untuk datang membeli dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan peniaga berkenaan.
Kursus ini telah berlangsung di Pusat Internet Sibuti selama sehari iaitu pada hari Sabtu bermula daripada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada ahli PI telah menyertai kursus berkenaan. Pelbagai tips kecantikan telah dikongsikan semasa kursus berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: