Wayang Patriotik di PEDi Sibuti

10 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2023, PEDi Sibuti telah mengadakan tayangan filem patriotik dengan tujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Malaysia. Selain itu, tayangan filem patriotik ini dapat menyemaikan perasaan cinta kepada negara terutama kepada generasi muda. Seramai 4 orang ahli berdaftar PEDi Sibuti yang telah menyertai aktiviti ini yang telah diadakan di Bilik Latihan, PEDi Sibuti. Aktiviti tayangan filem patriotik ini berlangsung pada 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali