Jenis-Jenis Penipuan Scammer

12 April 2023 | Aktiviti Terkini

Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, pelbagai taktik yang lebih kompleks digunakan oleh scammer untuk memperdayakan mangsa. Sindiket scammer ini semakin berluasa dan menyebabkan ramai mangsa hilang ribuan ringgit. Mereka bijak untuk memperdaya dan meyakinkan mangsa agar berkongsikan maklumat-maklumat peribadi atau terus melakukan transaksi kewangan.

Tujuan utama perkongsian video kesedaran ini untuk membina kesedaran dan mendidik pengguna agar tiada yang menjadi mangsa scammer. Selain itu, peserta juga mengetahui tips dan langkah keselamatan untuk mengatasi penipuan scammer. Video perkongsian ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page dan Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali