Canva: Tutorial Membuat Pelekat Produk

15 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pelekat produk merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada pada sesuatu produk jualan tidak mengira sama ada produk berasaskan makanan, kecantikan, perkhidmatan, mahupun pakaian. Hal ini adalah kerana pelanggan boleh mendapatkan info berkenaan sesuatu produk tersebut seperti tarikh luput, kandungan produk, dan sebagainya. Secara tidak langsung maklumat-maklumat tersebut akan meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan kepada sesuatu produk.

Tutorial berkenaan dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platfom laman sesawang Canva. Oleh itu, pada 14 Jun 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu pembelajaran secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook dan saluran Youtube yang bertajuk “Canva: Tutorial Membuat Pelekat Produk”. Objektif tutorial berkenaan adalah untuk membantu usahawan khususnya usahawan media sosial membuat pelekat produk yang baik dengan tujuan mendapatkan pelanggan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali