E-Pembelajaran - Kenali Malaysia

13 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2023, PEDi Sibuti telah mengadakan sesi E-Pembelajaran secara atas talian di laman sesawang WordWall. Kelas ini diadakan dengan tujuan untuk menyemai nilai patriotisma dalam kalangan pelajar dan menyemarakkan sambutan Hari Malaysia. Selain itu, peserta juga mengetahui dan mendapat maklumat berkaitan negeri-negeri dalam Malaysia.

Peserta yang menyertai kelas ini juga mengetahui kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Menerusi kuiz ini juga, peserta mempelajari dan menggunakan kemahiran asas komputer dan penggunaan internet dengan bijak. Kuiz ini telah diadakan di Bilik Latihan, PEDi Sibuti dan disertai oleh 3 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali