Keusahawanan – Berniaga Di TikTok Shop

12 September 2023 | Aktiviti Terkini

Aplikasi Tiktok kini memang amat meluas penggunaannya. Ini kerana terdapat pelbagai variasi video pendek dan sederhana yang dikongsikan dalam aplikasi ini menarik pengguna. Aplikasi TikTok telah menyediakan ciri khas untuk berniaga di TikTok yang dikenali sebagai TikTok Shop. TikTok Shop merupakan platform e-dagang yang terbaru untuk bisnes dan pencipta untuk mempamer dan menjual produk terus melalui video in-Feed, LIVE dan tab pameran produk.

Oleh itu, PEDi Sibuti telah membuat perkongsian video keusahawanan berkaitan cara berniaga di TikTok Shop. Perkongsian video keusahawanan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memberikan maklumat kepada usahawan berkenaan TikTok Shop. Selain itu, video ini juga mengajar usahawan langkah-langkah membuat akaun TikTok Shop dan menggalakkan usahawan tempatan untuk berniaga menggunakan platform e-dagang. Video ini telah dimuatnaik pada 11 September 2023 di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali