Teknik Membuat Pembentangan Yang Berkesan

14 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Secara amya, pembentangan ialah menyampaikan maklumat kepada orang lain dan dilakukan secara formal. Terdapat beberapa teknik membuat pembentangan yang berkesan. Antaranya adalah pembukaan yang menarik perhatian. Pembentangan perlulah dimulai dengan salam dan pengenalan diri. Setiap pembentangan yang dilakukan juga perlulah menggunakan bahasa dan suara yang jelas, fasih, dan mudah untuk difahami. Oleh itu, dengan mengaplikasikan beberapa teknik, pembentangan akan menjadi lebih berkesan dan sempurna.

Oleh yang demikian, pada 13 Julai 2023, pihak PEDi Sibuti telah membuat penerangan mengenai topik berkenaan secara atas talian menggunakan platfom laman sesawang Facebook dan saluran Youtube yang bertajuk “Teknik Membuat Pembentangan Yang Berkesan”. Objektif utama penerangan atas talian tersebut dibuat adalah untuk mendidik komuniti setempat khasnya ahli berdaftar PEDi Sibuti untuk membuat pembentangan yang berkesan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali