Strategi Pemasaran Produk Baru di Pasaran

15 September 2023 | Aktiviti Terkini

Kunci kejayaan kepada sesebuah perniagaan adalah strategi pemasaran yang baik dan sistematik. Strategi pemasaran adalah pendekatan jangka panjang serta rancangan permainan keseluruhan organisasi atau perniagaan. Tujuan asas strategi pemasaran ni adalah untuk mencapai kelebihan daya saing yang mapan dengan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Strategi pemasaran yang berkesan memainkan peranan yang signifikan kepada usahawan yang baru memasarkan produk mereka di pasaran.

Oleh itu, pada 14 September 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan kelas secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook Page dan saluran Youtube yang bertajuk “Strategi Pemasaran Produk Baru di Pasaran”. Objektif utama kelas berkenaan adalah untuk memberi penjelasan mengenai kepentingan menggunakan strategi pemasaran yang betul kepada komuniti setempat khasnya mereka yang beru nak berjinak-jinak memasarkan produk mereka di pasaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali