Membina Kereta Solar

14 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

STEM merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering, dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Kemahiran membangunkan teknologi dan berfikir secara kritis mampu melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi.

Oleh itu, pada 13 Ogos 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu aktiviti STEM iaitu membina kereta solar. Aktiviti tersebut telah disertai oleh kanak-kanak tahap 2 sekolah rendah dan telah berlangsung selama satu (1) jam iaitu daripada pukul 10 pagi sehingga 11 pagi. Tujuan utama aktiviti berkenaan adalah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali