E-Pembelajaran (Sejarah): Kesulatanan Melayu Melaka

4 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Selain daripada menfokuskan keusahawanan, PEDi Sibuti juga berperanan sebagai salah satu tempat pelajar mencari maklumat tambahan tentang matapelajaran yang diajar di sekolah. Oleh yang demikian, pada 3 Ogos 2023, terdapat seorang pelajar sekolah menengah datang ke PEDi Sibuti untuk menggunakan kemudahan PEDi bagi mendapatkan bimbingan untuk mencari maklumat berkaitan subjek Sejarah.

Pada masa yang sama, pelajar berkenaan juga dapat meningkatkan kemahiran asas ict apabila beliau dibimbing menggunakan alatan carian google dengan betul dengan tujuan mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat. Kelas bimbingan berkenaan telah berlangsung selama satu (1) jam iaitu daripada pukul 10 pagi sehingga 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali