Program Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Secara Atas Talian

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

PEDi Sibuti dengan kerjasama Izara Homestay & Cafe telah mengadakan program permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) secara atas talian pada 17 Jun2023. Objektif utama program ini untuk mengajak dan mendedahkan komuniti untuk terlibat dalam penggunaan ICT secara lansung. Pada masa yang sama, program ini juga membantu komuniti meningkatkan penggunaan komputer mereka.

Program ini juga dapat membantu komuniti untuk membuat permohonan mereka secara atas talian. Program tersebut telah diadakan di PEDi Sibuti dan telah berlangsung dari 8.00 pagi sehingga 1 petang. Seramai 40 orang komuniti setempat yang telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali