Kuiz Kemerdekaan Tahap II 2023

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2023, PEDi Sibuti telah mengadakan Kuiz Kemerdekaan Tahap II secara atas talian di laman sesawang Kahoot. Kuiz ini diadakan dengan tujuan untuk menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan negara. Selain itu, peserta juga mengetahui dan mendapat maklumat berkaitan kemerdekaan negara Malaysia. Menerusi kuiz ini, peserta juga mempelajari kaedah asas melayari internet dengan bijak. Kuiz ini telah diadakan di Bilik Latihan, PEDi Sibuti dan disertai oleh 10 orang pelajar Tahap 2.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali