E-Learning: Mewarna Digital

9 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Seiring dengan arus modenisasi kebanyakkan aktiviti sudah mula boleh dilakukan secara atas talian. Aktiviti mewarna juga tidak ketinggalan apabila terdapat pelbagai platfom yang boleh di akses untuk menjalankan aktiviti berkenaan seperti laman sesawang Coloring4all.com. Oleh itu, untuk tujuan yang sama PEDi Sibuti telah menjalankan aktiviti mewarna digital menggunakan laman sesawang Coloring4all.com. Laman sesawang berkenaan sangat mudah digunakan dan mesra pengguna.

Aktiviti tersebut telah berlangsung pada 8 Julai 2023. Objektif utama aktiviti berkenaan adalah untuk meningkatkan kemahiran asas ICT generasi muda disamping memberi penerangan tentang laman sesawang mewarna digital Coloring4all.com. Antara pengisian lain aktiviti adalah penerangan tentang “Klik Dengan Bijak: Maklumat Palsu” dimana kes-kes penyebaran maklumat palsu yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali