Tips Untuk Kekal Produktif Di Tempat Kerja

21 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada kebiasaanya apabila kita menjalani rutin harian yang sama setiap hari, kita cenderung untuk merasa jemu, bosan, tepu dan kurang bersemangat untuk menjalaninya. Seperti rutin bekerja; pagi pergi kerja, petang pulang daripada kerja. Kitaran ini berlaku setiap hari selama bertahun-tahun sehinggalah tiba waktu pencen atau tidak berdaya. Oleh itu, PEDi Sibuti telah membuat perkongsian video berkaitan tips untuk kekal produktif di tempat kerja.

Perkongsian video ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan semangat di tempat kerja. Selain itu, video ini juga berkongsi langkah-langkah untuk kekal gembira di tempat kerja yang dapat membantu meningkatkan prestasi kerja. Video perkongsian ini telah dimuatnaik pada 20 Jun 2023 di laman Facebook Page PEDi Sibuti, laman Youtube PEDi Sibuti dan juga di akaun Tik Tok PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali