Kahoot – Laman Rangkaian Sosial

24 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Laman rangkaian sosial merupakan antara medium yang popular dan paling banyak digunakan terutama dalam konteks komunikasi. Penggunaan laman rangkaian sosial boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan jika tiada pantauan terutama kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Pada 23 Julai 2023, PEDi Sibuti telah mengadakan kelas berkaitan penggunaan laman rangkaian sosial.

Kelas ini bertujuan untuk memberi penerangan dalam penggunaan laman rangkaian sosial terutama kepada generasi muda. Antara aktiviti yang dijalankan ketika kelas adalah peserta mendengar penerangan ringkas berkenaan penggunaan laman rangkaian sosial yang disampaikan oleh staf PEDi Sibuti. Selaian itu, peserta juga menjawab kuiz secara atas talian di laman sesawang Kahoot untuk menguji kefahaman mereka mengenai topik yang telah disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali