Kelas Canva: Membuat Kad Digital Hari Raya Aidilfitri 2023

14 April 2023 | Aktiviti Terkini

Salah satu laman sesawang percuma untuk membuat kad digital adalah Canva. Laman sesawang berkenaan mempunyai pelbagai fungsi percuma seperti membuat poster, kad, banner, dan sebagainya yang mesra pengguna. Salah satu ciri istimewa yang terdapat pada Canva adalah pengguna boleh memasukkan lagu dan menggunakan animasi untuk mengolah kad supaya lebih menarik.

Oleh yang demikian, pada 13 April 2023, pihak PEDi Sibuti telah memuatnaik satu video kelas membuat kad digital hari raya menggunakan laman sesawang Canva di platform Facebook Page dan saluran Youtube. Objektif utama kelas atas talian berkenaan adalah untuk mengajar komuniti setempat khasnya membuat kad digital yang menarik dan kreatif dengan menggunakan laman sesawang Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali