Jelajah Temu SPNB x PEDi Sibuti

27 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengadakan program Jelajah Temu SPNB X PEDi Sibuti pada 26 Ogos 2023. Objektif utama program ini untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada komuniti berkenaan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Selain itu, program ini juga membantu komuniti untuk membuat permohanan RMR secara atas talian.

Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran pengunaan komputer dan penggunaan laman sesawang SPNB. Program tersebut telah diadakan di PEDi Sibuti dan telah berlangsung dari 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai 20 orang komuniti setempat yang telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali