Pengenalan Kepada Internet & Asas Komputer

18 September 2023 | Aktiviti Terkini

Seiring dengan arus pemodenan, rangkaian internet memainkan peranan yang penting kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini adalah kerana internet memudahkan komunikasi antara satu sama lain di samping menjadikan perkongsian maklumat lebih pantasa dan mudah. Pada masa yang sama, untuk tujuan berkenaan setiap orang tidak mengira lapisan perlu tahu setiap komponen-komponen yang ada pada sebuah komputer bagi memudahkan pengguna untuk melayarai internet dengan baik.

Oleh itu, pada 17 September 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu aktiviti yang berteraskan asas ICT. Aktiviti tersebut telah disertai oleh ahli berdaftar PEDi Sibuti dan telah berlangsung selama satu (1) jam iaitu daripada pukul 9 pagi sehingga 10 pagi. Tujuan utama aktiviti berkenaan adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas para pengguna tentang komponen-komponen sebuah komputer dan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali