Pengenalan Kepada Internet

18 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Penggunaan teknologi seperti komputer dan telefon pintar adalah satu normalisasi pada masa kini. Penggunaan internet memainkan peranan penting dan membawa banyak manfaat kepada penggunanya. Pada 17 Julai 2023, PEDi Sibuti telah memuat naik video perkongsian berkenaan pengenalan kepada internet.

Perkongsian video ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan berkenaan internet terutama kepada pelajar dan generasi muda. Selain itu, peserta yang menonton video perkongsian ini juga mengetahui kemudahan dan manfaat internet kepada mereka. Antara maklumat lain yang dikongsikan dalam video perkongsian ini adalah nilai dan tanggungjawab sebagai pengguna internet yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali