Cara-car Menangani Stres

9 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat. Pada 8 Ogos 2023, PEDi Sibuti telah memuat naik video perkongsian berkaitan cara-cara menangani stres.

Objektif utama perkongsian video ini adalah berkongsi maklumat dan kaedah menangani stress kepada penonton. Selain itu, perkongsian video dapat membantu penonton mengawal stress dan menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada mereka untuk meningkatkan produktiviti. Video kelas ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali