Kelas Gubahan Mini Bouquet Bersama Cinta Milik Kita, Florist & Gift

24 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

PEDi Sibuti telah mengadakan kelas mini bouquet dengan menjemput Cinta Milik Kita, Florist & Gift sebagai tenaga pengajar. Objektif utama kelas ini untuk mengajar komuniti setempat kaedah membuat mini bouquet. Pada masa yang sama, kelas ini juga membantu komuniti terutama golongan suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan. Kelas ini dikendalikan oleh Puan Farah daripada Cinta Milik Kita, Florist & Gift selaku tenaga pengajar. Kelas ini telah diadakan di PEDi Sibuti dan telah berlangsung salama 2 jam bermula dari 9 pagi hingga 11 pagi. Seramai 7 orang peserta yang telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali