Keusahawanan – Tips Meningkatkan Jualan Di Facebook

15 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Facebook merupakan antara platform media sosial yang popular dan tetap menjadi pilihan pengguna walaupun wujudnya banyak platform media sosial yang baru. Secara amnya, Facebook wujud untuk pengguna bersosial secara maya namun kini Facebook menjadi satu platform utama untuk usahawan kecil dan besar melakukan pemasaran bisnes mereka. Oleh itu, PEDi Sibuti telah membuat perkongsian video berkaitan tips untuk meningkatkan jualan produk di platform Facebook.

Perkongsian video ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada usahawan kaedah meningkatkan jualan produk mereka menggunakan platform Facebook. Selain itu, video ini juga dapat memberi maklumat dan menggalakkan usahawan untuk berniaga secara atas talian. Video ini telah dimuatnaik pada 14 Ogos 2023 di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali