Microsoft Excel – Membuat Jadual dan Rumus

12 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Microsoft Excel adalah aplikasi hamparan data (spreadsheet) yang digunakan untuk memproses data secara automatik berbentuk pengiraan asas, formula, penggunaan fungsi, pemprosesan data dan jadual, grafik dan pengurusan data. Pada 11 Julai 2023, PEDi Sibuti telah memuat naik video tutorial ringkas berkaitan kaedah membuat jadual dan rumus menggunakan Microsoft Excel.

Objektif utama perkongsian video tutorial ini adalah mengajar peserta kaedah membuat jadual dengan mudah menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, peserta juga mengetahui kaedah membuat rumus atau formula mudah di Microsoft Excel. Video kelas ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali