Kenali e-Sisa Mudah Alih (Mobile e-Waste)

11 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

e-Sisa adalah salah satu jenis sisa yang meningkat paling tinggi di negara maju dan membangun. Jumlah e-Sisa di Asia telah meningkat hampir ke 63% dalam tempoh 5 tahun. Malaysia menghasilkan 243 tan e-Sisa pada tahun 2015 sahaja dan jumlah e-Sisa yang kita hasilkan telah bertambah sehingga 39.7% dari tahun 2010 hingga 2015. Oleh itu, telah wujudnya program e-sisa mudah alih (Mobile e-Waste) program SKMM yang memfokuskan pada pengumpulan peralatan IT dan telekomunikasi kecil seperti telefon bimbit, tablet, kamera dan bank kuasa termasuk dengan alat pengecas dan aksesorinya sekali.

Oleh itu, PEDi Sibuti telah memuatnaik video kesedaran e-sisa mudah alih (mobile e-waste) bagi memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan pentingnya pengurusan e-sisa mudah alih mereka. Melalui video kesedaran ini juga, komuniti juga akan mengetahui bahawa PEDi adalah salah satu lokasi pengumpulan e-sisa mudah alih. Video ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman media sosial TikTok PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali