Kaedah Membuat Akaun Gmail

27 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

E-mel merupakan medium penting yang berupa satu bentuk surat elektronik yang digunakan untuk menghantar, menyimpan dan menerima masej melalui sistem komunikasi elektronik. Pada 26 Jun 2023, PEDi Sibuti telah memuat naik video kelas dengan topik kaedah membuat akaun Gmail. Objektif utama perkongsian video kelas ini adalah memberi pendedahan berkaitan email dan mengajar peserta kaedah membuat akaun gmail. Selain itu, peserta juga mendapat maklumat berkaitan kelebihan dan kelemahan penggunaan email. Video kelas ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali