Kelas Atas Talian: Asas ICT

16 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Terdapat beberapa elemen penting dalam ICT iaitu komputer, windows, dan internet. Setiap elemen berkenaan berhubung kait antara satu dengan yang lain tetapi membawa definisi yang berbeza. Misalnya komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data output dan input manakala windows adalah sistem operasi.

Untuk menghubungkan data output dan input dan sistem operasi (windows) memerlukan jaringan internet. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga elemen berkenaan saling memerlukan antara satu sama lain untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu, pada 15 Jun 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu pembelajaran secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook dan saluran Youtube yang bertajuk “Asas ICT”. Objektif kelas berkenaan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai asas ict kepada generasi muda khasnya ahli berdaftar PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali