Keusahawanan – Pemasaran Produk di Whatsapp Business

10 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Whatsapp Business adalah aplikasi yang bertujuan untuk perniagaan dan memudahkan peniaga berurusan dengan pelanggan menggunakan aplikasi Whatsapp. Fungsi Whatsapp Business sedikit berbeza dengan Whatsapp biasa malah penggunaannya lebih mudah dan cepat. Oleh itu, PEDi Sibuti telah membuat perkongsian video berkaitan penerangan penggunaan dan tips untuk mempromosi produk di platform Whatsapp Business.

Perkongsian video ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada usahawan kaedah mempromosi produk mereka menggunakan platform Whatsapp Business. Selain itu, video ini juga menerangkan kelebihan berniaga menggunakan Whatsapp Business berbanding Whatapps biasa. Video ini telah dimuatnaik pada 9 Jun 2023 di laman Facebook Page PEDi Sibuti dan laman Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali