Kelas Microsoft Word – Membuat Minit Mesyuarat

7 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2023, PEDi Sibuti telah mengadakan kelas Microsoft Word kaedah membuat minit mesyuarat. Kelas ini telah diadakan secara peribadi (personal class) bersama seorang ahli PEDi Sibuti iaitu Puan Salini. Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan membantu Puan Salini menggunakan Microsoft Word. Beliau juga telah mempelajari format dan kaedah membuat minit mesyuarat yang betul.

Kelas ini telah diadakan di PEDi Sibuti dan selama 1 jam. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kelas peribadi (personal class) bersama PEDi Sibuti, anda boleh menghubungi kami untuk membuat temu janji.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali