Klik Dengan Bijak – Maklumat Palsu

15 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Dewasa ini, mejoriti golongan tidak kira tua atau muda mempunyai akaun media sosial sendiri. Oleh yang demikian, mereka terdedah dengan berita-berita palsu yang mudah disebarkan melalui platform media sosial berkenaan. Terdapat beberapa jenis maklumat palsu dan tidak sahih seperti gosip, khabar angin, spekulasi, dan penipuan. Penyebaran maklumat palsu boleh mendatangkan impak yang negatif kepada individu, keluarga, dan juga masyarakat. Misalnya mengaibkan individu atau pihak yang terlibat jika maklumat tersebut terbukti tidak benar.

Oleh itu, pada 14 Januari 2023, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu penerangan secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook dan saluran Youtube yang bertajuk “KDB-Maklumat palsu”. Objektif sesi penerangan secara atas talian berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahanya penyebaran maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali