Keusahawanan – Tips Pemasaran Produk Makanan dan Minuman di Platform Digital

15 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pemasaran digital dikenali sebagai aktiviti promosi untuk produk atau jenama melalui aplikasi media elektronik. Pemasaran produk perniagaan di platform digital adalah kaedah pemasaran yang paling cepat dan mudah. Pada 14 Februari 2023, PEDi Sibuti telah membuat perkongsian video mengenai tips pemasaran produk makanan dan minuman di platform digital. Tujuan utama perkongsian ini diadakan adalah untuk memberi maklumat dan tips kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka di platform digital.

Selain itu, perkongsian ini juga dapat memupuk usahawan untuk menggunakan platform digital sebagai salah satu medium perniagaan mereka. Video perkongsian ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page dan Youtube PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali