Laman Rangkaian Sosial-Gunakan Secara Positif

5 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Laman rangkaian sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Laman rangkaian sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Kita perlu mengambil langkah keselamatan dalam menggunakan laman rangkaian sosial secara positif.

Oleh itu, PEDi Sibuti telah mengadakan kelas untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penggunaan laman rangkaian sosial secara positif. Peserta juga telah didedahkan dengan langkah keselamatan ketika menggunakan laman rangkaian sosial. Antara aktitivi yang diadakan pada kelas ini adalah taklimat ringkas dan sesi uji minda. Peserta telah menjawab sesi uji minda secara atas talian menerusi laman sesawang Kahoot. Seramai 6 orang peserta yang telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali