Kelas Membuat Resume Edisi Disember

7 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2022, PEDi Sibuti telah mengadakan kelas membuat resume. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mengajar peserta kaedah mudah membuat resume menggunakan aplikasi Canva. Peserta telah diajar kaedah membuat resume yang mudah dan betul. Peserta juga mengetahui kaedah untuk membuatkan resume mereka agar lebih menarik dan kreatif. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam bermula pada 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di PEDi Sibuti. Bagi yang ingin mengikuti kelas membuat resume ini, boleh berkunjung terus ke PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali