Kelas Membuat Resume

23 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2022, PEDi Sibuti dengan kerjasama Rakan Digital Sibuti telah mengadakan kelas membuat resume. Tujuan utama kelas ini adalah untuk mengajar peserta kaedah mudah membuat resume menggunakan aplikasi Canva. Kelas ini juga bertujuan untuk mengajar peserta kaedah mengambil dan mengedit gambar untuk dijadikan gambar berukuran passport. Gambar tersebut akan dimasukkan ke dalam resume peserta. Kelas ini telah diadakan selama 2 jam bermula pada 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di PEDi Sibuti. Bagi yang ingin mengikuti kelas membuat resume ini, boleh berkunjung terus ke PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali