KDB-Permainan Dalam Talian

5 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Permainan dalam talian adalah platform yang membolehkan kita bermain bersama orang lain dari seluruh dunia, tidak kira jauh atau dekat, kenal atau tidak. Semasa bermain, anda juga boleh bersembang (chatting) dengan pemain lain di samping membuka ruang untuk berkenalan dengan rakan baru. Oleh itu, PEDi Sibuti telah memuatnaik video kesedaran Klik Dengan Bijak dengan topik permainan dalam talian.

Tujuan utama PEDi Sibuti berkongsi video kesedaran ini adalah untuk memberi pendedahan tentang langkah keselamatan ketika bermain permainan dalam talian. Video kesedaran ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page, Youtube, Instagram dan juga di akaun Tiktok PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali