Kelas Membuat Poster Hari Malaysia

3 September 2022 | Aktiviti Terkini

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Oleh yang demikian, pihak PEDi Sibuti telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas membuat poster Hari Malaysia bagi menyemarakkan lagi semangat cinta akan tanah air dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Di samping itu, peserta juga didedahkan tentang jenayah buli siber yang semakin berleluasa pada ketika ini.

Kelas ini telah dihadiri oleh 3 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PEDi. Kelas berkenaan telah dijalankan di bilik Latihan PEDi Sibuti dan telah berlangsung selama dua jam iaitu dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali