Tutorial Membuat Slide Pembentangan Menggunakan Canva

3 November 2022 | Aktiviti Terkini

Slide pembentangan merupakan satu paparan maklumat yang hendak disampaikan kepada pihak kedua seperti pelajar, pekerja, dan sebagainya. Pada kebiasaannya, kebanyakkan individu akan menggunakan Microsoft Power Point untuk membuat slide pembentangan walhal mereka juga boleh menggunakan laman sesawang Canva sebagai alternatif lain sebagai platform membuat slide pembentangan berkenaan.

Oleh yang demikian, pada 3 November 2022, pihak PEDi Sibuti telah memuatnaik satu video mengenai cara membuat slide pembentangan secara atas talian menggunakan laman sesawang Canva di platform Facebook Page dan saluran Youtube. Objektif utama kelas atas talian berkenaan adalah untuk mengajar pengguna khasnya komuniti setempat tentang cara membuat slide pembentangan dengan lebih kreatif dan menarik secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali