Kursus Pra Perkahwinan Secara Atas Talian

29 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Kursus Pra Perkahwinan diadakan bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami issteri yang akan mendirikan rumahtangga. Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. Kursus ini telah dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan diadakan secara atas talian.

Kursus ini diadakan secara atas talian yang mana dapat memudahkan peserta dengan menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Di samping dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Peserta telah menghadiri kursus ini selama 9 jam di dalam bilik latihan PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali