Jenayah Siber: Penipuan Pembelian atas Talian

26 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Penipuan pembelian atas talian merupakan salah satu jenayah siber yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Oleh yang demikian, pihak PEDi Sibuti telah mengambil langkah untuk membuat video penerangan dan langkah-langkah untuk mengelak menjadi mangsa penipuan pembelian secara atas talian. Antaranya adalah seperti membeli barangan daripada platfom e-dagang yang sah sahaja seperti Shopee, Lazada, Mudah.com, dan sebagainya.

Pada 25 Ogos 2022, pihak PEDi Sibuti telah memuatnaik 1 video di laman sesawang Facebook Page yang bertajuk “Jenayah Siber: Penipuan Pembelian atas Talian”. Objektif kelas berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pembelian atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali