Keusahawanan-Tips Mengambil Gambar Produk Menggunakan Telefon Bimbit

26 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Fotografi produk memainkan peranan penting dalam membuat jualan produk. Gambar produk yang menarik adalah sangat penting terutama kepada usahawan yang menjual secara atas talian (online) kerana pembeli bergantung 100% kepada gambar produk yang mereka lihat untuk membuat keputusan pembelian. PEDi Sibuti telah memnuat naik video pendek berkenaan tips mengambil gambar produk menggunakan telefon bimbit.

Tujuan utama PEDi Sibuti berkongsi video ini adalah untuk memberi maklumat dan tips mengambil gambar produk menggunakan telefon bimbit. Perkongsian ini juga dapat membantu usahawan mengambil gambar produk dengan sendiri menggunakan kos yang minima. Video kesedaran ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page, Youtube, Instagram dan juga di akaun Tiktok PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali