Tips Keselamatan di Facebook

25 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Media sosial seperti Facebook merupakan antara platform yang sangat digemari dan paling banyak diguna baik dewasa mahupun kanak-kanak. Keselamatan ketika menggunakan platform ini amat penting bagi mengelakkan pencerobohan akaun dan sebagainya. Oleh itu, pada 24 Jun 2022, PEDi Sibuti telah memuatnaik video kesedaran berkenaan tips keselamatan di Facebook. Objektif utama perkongsian video kesedaran ini adalah untuk berkongsi maklumat kepada komuniti tentang tips keselamatan ketika menggunakan Facebook.

Melalui video kesedaran ini juga, komuniti akan mengetahui kaedah pencegahan bagi mengelakkan pencerobohan akaun Facebook mereka. Video kesedaran ini telah dimuatnaik di laman Facebook Page PEDi Sibuti, laman Youtube PEDi Sibuti dan laman Instagram PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali