Kelas Asas Komponen Komputer

24 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Terdapat beberapa komponen asas sistem pengoperasian komputer yang perlu dikenali terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Oleh itu, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu kelas asas tentang komponen-komponen komputer yang mensasarkan kanak-kanak. Pada masa yang sama, sebelum kelas bermula para peserta mendengar penerangan tentang keburukan penipuan di internet dan cara-cara mengatasinya.

Kelas berkenaan telah disertai oleh lima orang peserta yang merupakan ahli berdaftar PEDi dan telah berlangsung selama dua jam iaitu dari 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali