Kelas Menerokai Dunia Internet Tanpa Batas

23 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, internet membawa maksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pengkalan data dari seluruh dunia. Selain itu, internet juga membolehkan pengguna memasukkan data, menyebarkan maklumat dan sebagainya. Oleh yang demikian, pihak PEDi telah mengambil inisiatif mengadakan kelas menerokai dunia internet dalam kalangan kanak-kanak. Tujuan utama kelas berkenaan adalah bagi mendedahkan golongan muda tentang kepentingan internet untuk mendapatkan data dan fakta yang sahih tentang sesuatu maklumat.

Pada masa yang sama, sebelum kelas berkenaan dijalankan peserta juga mendengar penerangan tentang keburukan buli siber yang semakin mejadi-jadi dewasa ini. Kelas berkenaan telah disertai oleh lima orang peserta yang merupakan ahli berdaftar PEDi dan telah berlangsung selama dua jam iaitu dari 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali